1. Infoline Systems (Infoline) menghormati privasi anda. Kami memandang dan menjaga Data Peribadi anda dengan serius.
2. Dengan membekalkan Data Peribadi anda kepada Infoline, atau dengan mendaftar akaun atau menggunakan De Cart, melengkapkan transaksi, berurusan di De Cart, membuat pesanan, penghantaran, komunikasi atau inkuiri di De Cart, kami membayangkan bahawa anda secara sukarela dan bersetuju untuk Infoline mengumpul, menyimpan, memproses, menganalisa, termasuk menzahirkan kepada pembekal Perkhidmatan atau mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan De Cart.
3. Dalam Polisi ini, ‘Data Peribadi' merujuk kepada mana-mana bentuk maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang semunasabahnya boleh mengenal pasti identiti anda berdasarkan maklumat sedemikian, atau mana-mana maklumat lain yang berkaitan untuk anda menggunakan De Cart, mendapatkan Perkhidmatan atau berurusan dengan atau melalui De Cart. Kategori Data Peribadi mungkin termasuk dan tidak terhad kepada data profail dan kemaskini profail, sejarah daftar masuk dan transaksi, data lokasi, maklumat peranti dan akses, data dan sejarah khidmat pelanggan, data pemasaran dan komunikasi, dan data pembayaran atau penebusan faedah De Cart.
4. Dalam perjalanan urusan anda dengan Infoline, anda mungkin akan diminta untuk membekalkan Data Peribadi anda dari semasa ke semasa bagi membolehkan kami untuk melakukan transaksi dengan anda atau untuk memberikan Perkhidmatan dan/atau produk yang berkenaan yang berkaitan dengan perniagaan kami.
5. Infoline mungkin menzahirkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan De Cart, Perkhidmatan atau tawaran-tawaran di De Cart dengan cara yang selaras dengan Polisi ini. Infoline juga boleh menggabungkan Data Peribadi anda dengan maklumat lain yang berkaitan untuk meningkatkan mutu produk dan Perkhidmatan yang disediakan oleh Infoline.
6. Anda bersetuju bahawa transaksi, Perkhidmatan dan/atau produk yang ditawarkan di De Cart adalah terhad kepada Data Peribadi yang anda bekalkan. Anda bersetuju bahawa anda mungkin tidak dapat menikmati atau tidak menerima sebarang hebahan tentang, mana-mana faedah, tawaran produk atau Perkhidmatan disebabkan oleh Data Peribadi tertentu yang anda tidak bekalkan dan yang mungkin menyebabkan ketidakupayaan Infoline untuk membekalkan faedah, tawaran produk dan Perkhidmatan kepada anda.
1. Apabila anda menjalankan urusniaga dengan Infoline, kami mungkin mengumpul Data Peribadi anda seperti yang tertera di bawah:
i. Nama Penuh
ii. No Tentara/ No Kad Pengenalan
iii. No Telefon
iv. Alamat
v. Status
vi. Jantina
2. Data Peribadi adalah tidak terhad kepada yang disenaraikan di atas dan mungkin termasuk Data Peribadi lain yang berkaitan (bergantung kepada bentuk transaksi dan urusan yang dijalankan oleh anda di De Cart).
1. Pengumpulan Data Peribadi anda membolehkan De Cart memproses transaksi dan urusan anda dengan tepat, mudah dan bersesuaian.
2. Data Peribadi anda membolehkan Infoline untuk memberi maklumat terkini mengenai produk atau Perkhidmatan sedia ada atau baharu, promosi semasa atau terkini, pengumuman dan acara yang diadakan oleh De Cart mahupun Kedai Infoline, serta membantu Infoline untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan Infoline.
3. Aplikasi De Cart boleh menggunakan Data Peribadi anda dari semasa ke semasa untuk menghantar notis penting, samada menerusi e-mel, surat atau khidmat pesanan ringkas (SMS) - antaranya hebahan mengenai sebarang aktiviti pemasaran dan promosi terkini yang berlangsung di kedai-kedai Infoline, maklumat pembelian anda, status kupon, baucar atau diskaun yang anda miliki, serta sebarang pindaan dan perubahan pada Terma dan Syarat serta Dasar Polisi ini.
4. Aplikasi De Cart juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan dalaman Infoline seperti pengauditan, analisis data, penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan produk, Perkhidmatan dan khidmat pelanggan kedai Infoline.
5. Infoline juga mungkin menzahirkan Data Peribadi anda atas dasar semunasabahnya perlu kepada pembekal atau mana-mana pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti penyimpanan dan pemprosesan maklumat, proses pembayaran, pesanan, penghantaran, pengurusan dan peningkatan data pelanggan, khidmat pelanggan, serta kaji selidik kepuasan pelanggan.
1. Infoline berusaha untuk memudahkan anda mengakses Data Peribadi anda dan memastikan maklumat anda sentiasa tepat, lengkap dan terkini. Infoline akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang digariskan dalam Polisi ini, melainkan jika tempoh pengekalan maklumat yang lebih lama dibenarkan atau jika dikehendaki sedemikian oleh undang-undang.
2. Anda boleh mengemaskini Data Peribadi anda di bahagian tetapan De Cart pada bila-bila masa. Anda juga boleh meminta kami memperbetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat atau bukan terkini, atau memadamkan Data Peribadi tersebut jika anda merasakan bahawa tiada keperluan untuk mengekalkannya, melainkan jika maklumat tersebut diperlukan oleh undang-undang atau untuk tujuan urusniaga yang sah. Kami boleh menolak permintaan untuk memproses permintaan tidak munasabah, yang berulangan, memerlukan usaha teknikal yang berlebihan, menjejaskan privasi pelanggan lain, yang boleh menggagalkan fungsi Perkhidmatan optimum, yang sama sekali tidak praktikal, atau yang mana aksesnya tidak diwajibkan oleh undang-undang tempatan.
3. Infoline mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengemaskini dan meminda Polisi ini dari semasa ke semasa. Infoline menggalakkan anda untuk sentiasa mengunjungi halaman Dasar ini untuk terus mendapat maklumat terkini yang dikemaskini oleh pihak kami.
4. Infoline hanya mengekalkan Data Peribadi anda selagi ia perlu untuk tujuan Perkhidmatan dan Dasar ini dan setakat yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
5. Apabila Infoline tidak lagi memerlukan Data Peribadi anda, dan termasuk apabila anda mengemukakan permohonan kepada Infoline untuk menarik balik kebenaran atau anda secara sukerela menutup akaun De Cart, kecuali sekiranya Infoline perlu mengekalkan Data Peribadi anda sebagai sebahagian tanggungjawab undang-undang, Infoline akan mengambil langkah munasabah untuk memadam, mengalih keluar, memusnahkan, menamakan atau menghalang akses kepada atau penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan De Cart. Infoline mungkin akan mengambil tempoh munasabah untuk memproses permohonan anda dan untuk memaklumkan kepada anda kesan kepada Infoline meluluskan permohonan tersebut sebelum proses memadam, mengalih keluar, memusnahkan atau menghalang akses kepada atau penggunaan Data Peribadi anda dikuatkuasakan.